Saturday, 30 August 2014

PUISI KEHIDUPAN



Apa lagi yang kau harapkan dari hidupmu?
Tidak cukupkah semua itu?

Jangan sesekali kau rasa rezekimu itu sedikit;
Jangan dibanding-bandingkan rezekimu itu;
Allah memberimu cukup dengan keperluanmu;
Bukankah kau ini hambaNya yang bersyukur?

Jangan kau minta untuk bahagia di dunia;
Sedangkan engkau tahu semua itu hanya sementara;
Tetapi mintalah untuk bahagia di JannahNya;
Kerana itulah yang kekal selamanya.

Jangan sesekali kau mengeluh;
Maka akan sia-sialah amalmu;
Tetapi tetaplah berusaha;
Pasti ada ganjaran dariNya.

Kadang-kadang kita diberi ujian;
Allah ingin memberitahu Dia rindu pada kita;
Tika itu, kembalilah kepadaNya;
Jangan kau terus alpa.

Inilah realiti kehidupan;
Jangan kau khawatir;
Tetaplah di jalanNya;
Agar kau temui pintu JannahNya :)

30/8/2014 6:15 p.m

No comments:

Post a Comment